Blogger Backgrounds

Monday, February 28, 2011

~cinta mati..???~


aku juga seperti kau adanya...
terluka..dikianati..dicampakkan..
dilupai..dan aku dianggap tak pernah ada selama ini..
semua yang kulakukan..semua ynag kupersembahkan..
tak ada ertinya...
aku pun hancur seperti kau adanya..
aku salah telalu mendewakannya...
telalu memujanya..aku juga selah..terlalu
mengharap dan menginginkannya...
salah..semua itu salah...
cinta mati..???
jangan pernah cinta mati..
kerana kita yang akan mati..
terluka kerana cinta...


Monday, February 21, 2011

~faceblog~

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Saturday, February 19, 2011

~baby~


"Baby"

You came to me within a dream
Not everyone is who they seem,
All these words we cant redeem,
Like the great magic of our world,
Corroborated by your words,
Splitting planets into thirds.

Baby oh baby,
Baby my baby,
Baby ooh babe
I miss you, lalala,
Baby oh baby,
Baby my babe,
Baby ooh babe
I miss you

To all the leaves that fall in vain,
While god and goddess go insane
All these words in your domain,
The watches kill time as the books read,
Inadvertently we bleed
Fighting for what we deceive, 

Baby oh baby,
Baby my baby,
Baby ooh babe
I miss you, lalala,
Baby oh baby,
Baby my babe,
Baby ooh babe
I miss you

Leave me alone,
Leave me alone,
Now why cant you see that you always
perturb me so
Nearing the end of the world, just leave me
alone
leave me alone
Why cant you see that you always perturb me 
so
Nearing the end of the world, leave me alone,
Leave me alone.

Baby oh baby,
Baby my baby,
Baby ooh babe
I miss you, lalala,
Baby oh baby,
Baby my babe,
Baby ooh babe
I miss you 

Wednesday, February 16, 2011

~just want to say~

aku sudah SERIK ..berCINTA!!!..

Tuesday, February 15, 2011

~syg u...~

i love u....
bile i ckp i syg u..maksudnya i btol2 syg u..
n..i xmain2 ngan pe yg i ckp..
so plez..u...u...u...
dont ask me again..n..again..n..again..
samaada i syg u..bcoz i dont want to said it anymore....
i love u...fullstop....  <3...

Monday, February 14, 2011

~disappointed~

kecewa..hurmmmmm...knp setiap yg sya rancang skrg nie..pasti x jadi knyataan...perlukah untuk sya rse terluka...hmm..cukup sedih...just dontknow what to say..just...
sad...sad...sad...sad....sad..sad...sad...
disappointed....disappointed...disappointed ...disappointed ..  

Saturday, February 12, 2011

~i miss u LION~

knp kte hrus bgini..???
entah lah.....rimau pon xthu knp....
mgkin kte pada luaran nye nmpk ok...
tp jauh disudut hati rimau...rimau sedar akn sesuatu..
ade sesuatu yang xkena ngan hbgn kita nie..
rimau mintak maaaf ....just bgi rimau sedikit masa...
rimau akan pastikan penderitaan lion berakhir...
rimau rindu lion..tp rimau terpaksa buat semua nie....
maafkn rimau... :-(

Friday, February 11, 2011

(*~_~)

Apa gunanya mulakan sesuatu yang baru jika akhirnya sudah dijangka kesudahannnya....??
Berapa bnyk lagi peluang dan ruang yang harus diberi jika ternyta semuanya sia...??
Kita bersama mencuba tapi kita berdua juga sedar ianya bagaikan x kemana..
Kenapa perlu diseksa hati dan perasaan yang telah mati antara satu sama lain..???
Kenapa perlu kita berduka pada sesuatu yang kita boleh mengelaknya.....???

p/s: ternyata aq x mmpu utk membuat keputusan....

~kisah KASIH, CINTA,SEDIH, & KECEWA~

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..? 

~10 tanda dia jodoh kita~

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Saling mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Ada kalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya Allah dengan izin-Nya kita mendapat petunjuk-Nya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

~A to Z tentang CINTA~

A -Alliance
Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati.

B-Brighten
Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram.

C-Caring
Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.

D-Dear
Ini kerana orang yang dicintai adalah orang yang paling disayangi.

E-Enhance
Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada.

F-Forever
Agar cinta itu kekal untuk selamanya.

G-Good
Untuk menjadi pencinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan.

H-Honest
Jujur dalam percintaan.

I-Intelegent
Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.

J-Joke
Ceriakan hidup si dia dengan gurau dan senda.

K-Kind
Hati perlu sentiasa bersih dan luhur dalam percintaan.

L-Loyalty
Setia pada yang satu.

M-Manner
Sentiasa menjaga tingkah laku dan maruah diri.

N-Need
Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan.

O-Objective
Seperti hidup dalam percintaan juga harus ada matlamat dan tujuan.

P-Passion
Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesungguhan.

Q-Quality
Cinta yang berkualiti adalah cinta yang ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa.

R-Responsibility
Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.

S-Survive
Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.

T-Tolerate
Sikap tolak ansur harus ada.

U-Unpredictable
Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka.

V-Valuable
Sentiasalah menghargai cinta kerna cinta itu amat bernilai dan bukan boleh dijual beli.

W-Wish
Cara terbaik menghargai si dia adalah cuba menunaikan apa sahaja yang diinginkan dari kamu.

X-X Factor
Kerana kekuatan cinta adalah pengorbanan.

Y-You
Apakah yang kamu lakukan untuk si dia?

Z-Zero
Dan tidak pernah mengecewakannya walaupun secebis kuman.


Wednesday, February 9, 2011

~mba&ys~

Love Calculator results

These are the results of the calculations by Dr. Love:

mohd badrul anuarlovesyong shafinaz
 
 73 % 

Dr. Love thinks that a relationship between mohd badrul anuar and yong shafinaz has a reasonable chance of working out, but on the other hand, it might not. Your relationship may suffer good and bad times. If things might not be working out as you would like them to, do not hesitate to talk about it with the person involved. Spend time together, talk with each other.

~mimpi yang mati~

Tak sengaja genggamanku terbuka
Lantas ku gapai bintang yang berjuta
Bintang yang kuimpikan menerangi
Takkan kubiarkan berlalu pergi
Andai benar kau menjadi milikku
Mencintaimu menjadi sumpahku
Namun jika hadirmu satu mimpi
Aku rela tidur sepanjang hari
Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati
Genggaman tanganku terbuka sepi
Mendambar dirimu satu ilusi
Bintang yang kugapai tak berpanjangan
Hadirmu di dunia hanya pinjaman
Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati


Monday, February 7, 2011

~alone...~

sya single..... 
hidup sya sunyi....
hurmmmmmmmmmmm...