Blogger Backgrounds

Tuesday, December 28, 2010

farewell mba....

x ku sangka begini akhirnya...entah lah..aq pon x thu mne salah silap nye..aq dan dia..kami terpisah....
bukan aq xsyg..tp aq xsanggup terus - terusan bina kisah cinta yang akan berakhir hari2 dengan kelukaan..
mungkin ini yang terbaik..perpisahan sementara yang aq pinta....aq thu dirinya langsung tidak bersetuju dengan ape yang aq pinta..maafkan aq syg...biarlah mase yang menentukan akhirnya perhubungan kita....andai ade jodoh x kemana syg...sekali lagi maaf aq pinta dari kamu insan yang sentiasa aq sayangi...maafkan ayg....

Monday, December 27, 2010

to my little baby....


akhirnya...baby kesayangan sya fall in love again...n sya thu dia bahagia sgt2....
n now baby mama nak bgi nasihat ckit...mybe mama pon x lah berapa pndai dlm
bercinta..tp...ttp nak bebel kat baby jgk..hahhaah...

to my baby :-

  • jga hubby baik2..
  • jga hubungan korang elok2..
  • xmau gadoh2..
  • jgn majok2 slalu..
  • jgn marah2 slalu...
  • fham kerja hubby..
  • jgn wat hubby cdih..
  • jgn wat hubby trase hati...
to my baby husband :-
  • jga baby sya baik2..
  • jgn gadoh ngan my baby..
  • jgan majok2 ngan my baby..
  • jgan marah2 baby sya...
  • sibuk mane pon still luangkan mase tok baby sya...
  • jgan wat baby cdih..
  • jga hati baby...
jangan biarkan jarak merenggangkan hubungan korang....wish both of you the best...smoga bahagia ke
anak cucu..hahaahh....doakan hubungan mama jgk yer baby...hheehh...sya baby slalu....chup... >_<

Friday, December 24, 2010

~ wangi ~

Dalam dingin malam…Kudambakan kehadiranmu…

Ku amat rindukan… bicara mu…
Sesekali kau susuli lah diri ini…
Jiwa ku kini… bagai dalam kekosongan…
Hangat pipiku dibasahi linangan air mata…
Coretan ikhlas hatimu kuhayati walaupun untuk yang ke berapa kalinya…
Indah dan syahdunya hatiku…
Tanpa sedikit terasa jemu…
Duhai sayangku… keikhlasan hatimu yang kupuja…
“Tiada dusta… Sumpah kucinta sampai ku menutup mata… Cintaku sampai menutup mata …”

benarkan CINTA itu menyakitkan..???

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Thursday, December 23, 2010

pertanyaan untuk CINTA...

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.